Saya tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh M.I.M yang merujuk kepada artikel Dr. Chandra Muzaffar mengenai konteks BERSIH. Artikel penuh sila ke link ini DR CHANDRA MUZAFFAR. Dr Chandra membicarakan mengenai KONTEKS BERSIH dari sudut :-
1. Isu-isu yang dibawakan oleh BERSIH.
2. Soal Keselamatan.
3. Impak / Natijah.
4. Motif-motif.
Dr Chandra mengaitkan KONTEKS BERSIH dari sudut perundangan KEBEBASAN ASASI yang termaktub di dalam BAHAGIAN II Perlembagaan Malaysia khusus dari sudut pandang dan natijah FASAL 2 PERKARA 10 - Kebebasan Asasi bersuara, berhimpun dan berpersatuan.
PERKARA 10
Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(Lihat Fasal 1, Perenggan b )
Dalam konteks Perkara 10, Fasal 1 perenggan (b) , Dr Chandra bersetuju bahawa setiap warganegara berhak berhimpun secara aman tanpa senjata. Namun kebebasan asasi hak ini hanya terpakai kepada warganegara Malaysia bermakna pemegang Kad Pengenalan Biru dan bukan merah.
Perkara 10
Fasal 1
Perenggan b
'Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.'
Konteks kebebasan asasi hak berhimpun di bawah perenggan (b), Fasal 1 , Perkara 10 adalah tertakluk kepada sekatan yang termaktub di dalam perenggan (b) Fasal 2 Perkara 10 atas sebab kepentingan keselamatan Persekutuan atau ketenteraman awam.
PERKARA 10
FASAL 2
PERENGGAN b
'Batasan Hak berhimpun secara aman tanpa senjata demi Kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-aman bahagiannya atau ketenteraman awam'
Konteks BERSIH dalam kebebasan asasi hak berhimpun secara aman tanpa senjata adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:-
- Mempunyai permit yang sah mengikut sekatan yang dikenakan
- Penaja, Pemberi dana dan Peserta adalah warganegara Malaysia yang cukup umur.
- Ianya adalah aman tanpa senjata.
- Ianya tidak mengancam kepentingan keselamatan negara dan awam.
Oleh itu tujuan permit adalah sebagai pengukur dan penilaian samada mana-mana perhimpunan yang ingin diadakan oleh warganegara Malaysia adalah bersifat aman tanpa senjata dan tidak mengancam kepentingan keselamatan negara dan awam.
Adalah mustahil untuk kita mempercayai secara lisan yang diberikan oleh penganjur BERSIH BAHAWA IANYA AMAN TANPA SENJATA.
Perbandingan yang paling dekat ialah BERSIH 1 pada November 10, 2007 demonstrasi HINDRAF November 25, 2007 dan demontrasi Reformasi sepanjang 1998 sehingga pertengahan 2000, terdapat unsur-unsur keganasan yang berlaku di mana anggota polis tercedera serta adanya bukti-bukti berikut:-
(a) Peserta membawa senjata yang disembunyikan seperti pisau, batang besi dan sebagainya.
(b) Peserta terdiri daripada kalangan bukan warganegara Malaysia.
(c) Peserta terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remaja di bawah umur dewasa 18 tahun.
(d) Peserta terdiri daripada mahasiswa/i yang dikenakan sekatan di bawah AUKU 1974.
(e) Menjejaskan pemandu teksi.
(f) Menjejaskan peniaga kecil.
(g) Menganggu lalulintas
(h) Menimbulkan ketakutan kepada para pelancong bergerak bebas.
Dr Chandra menjelas di dalam kontek motif BERSIH menyatakan secara ringkas :-
(a) Ianya mempunyai motif tersembunyi yang bersifat curang dan jahat.
(b) Ianya hanya untuk dijadikan batu loncatan kepada Anwar Ibrahim, DAP & PAS sebagai jalan singkat menuju Putrajaya. (Pendapat penulis: Ini menafikan Kebebasan Asasi Hak mengundi rakyat yang tidak menyokong rejim Pakatan Toghut satanisma haramjadah dapkrpas)
(c) Tiada manafaat kepada orangramai
(d) Sebagai kalihan isu perbicaraan liwat 2 Anwar Ibrahim dan penghalang-penghalan besar kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dr Chandra memberikan peringatan tegas kepada semua seperti berikut:-
Once Malaysians understand the context--- especially the ulterior motives--- theywill be wary about July 9. They will be able to distinguish the self-serving agenda of a deeply flawed politician from the genuine quest for electoral reform and political transformation. They should not allow such a politician to undermine their future.
Apabila rakyat Malaysia memahami konteksnya -- terutama motif-motif-- tersembunyi mereka akan risaukan mengenai Julai 9. Mereka akan mampu membezakan agenda kepentingan peribadi politikus curang dengan perjuangan ikhlas untuk pembaharuan pilihanraya dan transformasi politik. Mereka sewajarnya tidak membenarkan politikus sedemikian untuk meruntuhkan masadepan mereka.
No comments:
Post a Comment