Melakukan pembohongan sudah menjadi kebiasaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembohongan yang dilakukannya bukan sahaja kepada rakyat malah turut membabitkan tokoh ulama besar seperti Syeikh Yusof Al Qardawi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron berkata pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin adalah bukti jelas bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik peribadinya.
"Jika tokoh agama seperti Yusof Al Qardawi boleh diperdayakan oleh Anwar, inikan pula rakyat biasa, lagi mudah untuk dia berbohong dengan pelbagai pembohongan untuk mendapat sokongan dan simpati rakyat.
"Memang Zul yang memberi taklimat kepada Yusuf al Qardawi, tetapi semua itu adalah perancangan Anwar supaya menunjukkan dirinya difitnah seperti yang didedahkan Zul kelmarin," katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Zulkifli bagaimana beliau terpaksa berbohong ketika bertemu Yusuf Al Qardawi bagi membuktikan bahawa Anwar tidak bersalah dan menjadi mangsa konpirasi politik untuk menjatuhkannya.
Idris yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka seterusnya menyifatkan pendedahan itu adalah satu lagi pembohongan Anwar dengan menggunakan nama Yusuf Al Qardawi untuk memperdayakan rakyat negara ini bahawa tokoh agama itu menyokongnya.
"Anwar menggunakan Yusuf Al Qardawi untuk menyebelahinya kerana beliau adalah ulama besar, sering menjadi tempat rujukan apabila membabitkan isu agama, dengan mempergunakan ulama itu, Anwar dapat meraih simpati daripada rakyat," katanya.
Menurutnya, rakyat negara ini perlu sedar bahawa betapa liciknya Anwar untuk menunjukkan dirinya bersih dan tidak bersalah sehingga sanggup mempergunakan tokoh agama untuk kepentingannya.
Idris berkata apa yang berlaku itu perlu dijadikan iktibar supaya tidak terpedaya dengan tindak tanduk Anwar.
-MediaUMNO.
No comments:
Post a Comment