Friday, July 1, 2011

SARAWAK HARUS DIBERSIHKAN - ADUN BATU LINTANG

"Sarawak Harus Dibersihkan"- ADUN Batu Lintang

Tindakan polis yang menahan dan menangkap beberapa pemimpin politik pembangkang yang mempromosikan Perhimpunan Haran 2.0 dilihat sebagai tindakan tegas polis terhadap pihak-pihak yang mencabar arahan dan amaran polis sebelum ini. Bagaimanapun, tindakan tegas polis itu telah digunakan pembangkang untuk memburukkan nama polis dan memperlekehkan tugas polis.

Di Sarawak, polis juga telah memperketatkan pemantauan di seluruh negeri khususnya di sempadan untuk memastikan tiada bahan mempromosikan perhimpunan haram diseludup masuk ke negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh.

Pemantauan rapi akan dibuat di semua pintu masuk, khususnya di sempadan Sarawak-Kalimantan untuk menyekat sebarang bahan bercetak seperti risalah, baju-T shirt dan kain rentang yang dicetak di negara jiran diseludup masuk ke negeri ini.

Sehingga hari ini, tiada bahan mempromosikan perhimpunan haram itu dikesan di Sarawak.

Bagaimanapun, polis mungkin terlepas pandang dengan kecanggihan teknologi media baru pada hari ini. Biarpun polis mengawal ketat di setiap pintu masuk dan sempadan Sarawak, namun baju-T BERSIH 2.0 itu telah berjaya memasuki Sarawak dan hanya menunggu hari sahaja untuk diedarkan kepada ahli-ahli dan rakyat Sarawak. Ini terbukti dengan gambar yang menunjukkan ADUN Batu Lintang, See Chee How menggunakan baju-T BERSIH 2.0 itu dan diletakkannya ke dalam Facebook dan laman blog.  

Di samping itu, bahan fizikal baju-T BERSIH 2.0 mungkin sukar menembusi pintu masuk Sarawak, tetapi polis harus ingat bahawa baju-T itu boleh juga dicetak di Sarawak. Design dan reka bentuk baju boleh disalurkan melalui emel dan media baru. Kaedah ini mungkin sukar bagi polis mengawalnya, tetapi mudah untuk dikesan. Justeru, polis perlu mengerahkan kepakaran polis dalam teknologi maklumat untuk memantau perkara ini dan ternyata ia logik untuk digunapakai.

Sehingga kini, polis Sarawak sudah menerima 19 laporan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan, parti politik serta individu yang menyuarakan ketidakpuasan hati dan mahu polis mengambil tindakan menghalang perhimpunan haram.

Di Sarawak, pemimpin DAP dan PKR dilihat sangat vokal dalam penganjuran Perhimpunan Haram 2.0. Berbekalkan semangat berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10, nescaya semangat ini semakin berkobar untuk memperoleh lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU Ke-13. Untuk itu, tiba masanya untuk Pakatan Pembangkang melancarkan serangan bagi meraih sokongan rakyat. 

No comments:

Post a Comment