Thursday, March 31, 2011

Waspada Pembohongan Anwar Di Sarawak - Zahrain

1 MALAYSIA



Muhyiddin Yassin berganding tangan bersama empat pemimpin parti komponen Barisan Nasional, dari kiri William Mawan, Abdul Taib Mahmud, Dr. George Chan dan Dr. James Jemut Masing pada majlis perjumpaan tertutup bersama Barisan Nasional Sarawak di Ibu Pejabat PBB di Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 30 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan manifesto bertemakan ‘Rakyat Didahulukan’ dengan memberi fokus kepada beberapa isu yang relevan dengan kehendak rakyat negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, manifesto yang kini berada pada peringkat akhir penyediaan itu akan dilancarkan selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 6 April ini.
“Kita harap rakyat dapat melihat bahawa semangat BN tidak pernah luntur, lebih fokus dan telah memenuhi apa yang kita janjikan. Kita mahu membuat janji baru dan sekali lagi memenuhinya.
“Ini akan diperincikan dalam manifesto selepas penamaan calon. Kita harap mereka (rakyat) menelitinya supaya ada keyakinan tentang apa yang mahu dilakukan BN untuk masa depan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini hari ini.
Hadir sama Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Jemut Masing dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan.
Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Presiden parti komponen BN dan ahli Majlis Tertinggi (MT) BN Sarawak serta mengikuti taklimat persiapan pilihan raya negeri.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN beliau yakin parti itu akan memperbaharui mandat rakyat pada pilihan raya negeri akan datang berdasarkan rekod pencapaian kepimpinan BN negeri.
Katanya, kerajaan BN juga akan terus berusaha meletakkan rakyat negeri ini pada satu tahap yang lebih maju dengan taraf kehidupan yang baik dan sempurna.
“Sebab itu amat penting untuk kita meneruskan agenda pembangunan Sarawak di bawah BN,” tegasnya.
Mengenai calon untuk menggalas cabaran BN, Muhyiddin berkata, semua parti komponen di negeri ini telah mengambil kira keperluan untuk menampilkan muka-muka baru.
Katanya, senarai calon berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas ia dikemukakan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tolak 'hantu jembalang' pilihan raya





PENYANDANG DUN Pantai Damai, Abdul Rahman Junaidi (tengah) menyatakan sesuatu kepada Muhyiddin Yassin ketika Timbalan Perdana Menteri melawat Kampung Gersik di Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 30 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan rakyat di negeri ini bahawa 'hantu dan jembalang' yang wujud pada pilihan raya negeri April ini hanya berjuang untuk puak serta suku-sakat mereka tanpa menghiraukan nasib rakyat secara keseluruhannya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana 'hantu dan jembalang' itu datang dengan 'mulut manis' membuat tawaran-tawaran yang disifatkannya sebagai pembohongan serta palsu semata-mata.
''Inilah waktu untuk rakyat Sarawak menolak hantu dan jembalang yang sebahagiannya datang dari Semenanjung dan sebahagian pula berada di negeri ini sejak sekian lama.
''Jadi ini adalah detik penentuan yang sangat penting bagi rakyat, satu penentuan masa depan yang lebih terjamin dengan memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan padu rakyat lebih besar berbanding pilihan raya negeri sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan mesra rakyat di Kampung Gersik-Boyan-Sourabaya sambil diiringi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang di sini hari ini.
Dalam tinjauan tersebut, Timbalan Perdana Menteri yang menaiki perahu tambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak telah meluangkan masa mengecat Surau Hidayatul Rahman sebelum berkesempatan melawat usahawan kek lapis, Dayang Salhah.
Muhyiddin turut mengadakan lawatan ke rumah milik pesara kerajaan yang juga orang kurang upaya (OKU), Awang Ahmad Awang Bakri sebelum melawat ke rumah seorang warga emas yang juga ibu tunggal, Dayang Jamilah Abang Lias.
Selesai lawatan tersebut, beliau bersama rombongan turut melawat gerai-gerai di kawasan Permaidani Boyan-Gersik-Sourabaya (GBS) sambil menikmati minum petang bersama penduduk setempat sebelum memberi sedikit amanat kepada yang hadir.
Muhyiddin memberitahu, rakyat harus bersyukur kerana negara ini dan Sarawak khususnya adalah negeri yang aman, stabil serta maju, maka tiba masanya mereka menentukan masa depan dengan memilih kerajaan BN.
''Tentulah pertimbangan utama perlu diambil kira bagi memilih parti yang boleh kita percaya sekali gus menjamin politik kekal stabil, pertumbuhan ekonomi mantap, pengagihan kekayaan secara adil dan saksama, generasi muda yang berdaya saing dan cemerlang.
''Kita tidak mahu negeri ini terpinggir daripada usaha-usaha transformasi dan arus perdana kerajaan," ujarnya.

RM73.68 mln for primary schools

Federal allocation is for government, mission and Chinese-aided schools throughout Sarawak
PAINT JOB: Muhyiddin tries out his wall painting skills at Surau Hidayatul Rahman. Dr Rahman is seen on his right trying to put on a glove to join in the fun. — Photos by Jeffery Mostapa


MADE IN SARAWAK: (from left) ‘Kek Lapis’ entrepreneur Masnah Sahani, daughter Amiranatra Musa and a helper show a variety of samples to the press during Muhyiddin’s visit. 


KUCHING: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday announced an allocation of RM73.68 million for various types of primary schools in Sarawak.
Topping the list are 1,266 government primary schools which would receive a total of RM28 million, followed by 130 missions schools (RM25.68 million) and 167 Chinese-aided schools (RM20 million).
Muhyiddin, who is also the Minister of Education, announced that RM50,000 would be disbursed to each of the schools immediately.
“The rest of the allocation will be disbursed very soon,” Muhyiddin told a packed press conference at PBB headquarters here yesterday.
Among those present at the press conference were Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, BN secretary-general Tengku Adnan Mansor, deputy chief ministers Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan and Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, PRS president Dato Sri Dr James Masing and SPDP president Dato Sri William Mawan Ikom.
Taib said described the federal allocation as timely because most of the schools are in dire need for repair.
“Our Deputy Prime Minister understood the overall picture of the conditions of the schools in Sarawak, where most of these schools are old and dilapidated.
“These schools were built by the local councils and most of them were made of simple structure and with attap roofing,” he said.
Taib revealed that Muhyiddin had a long term plan to upgrade all these schools in the near future.
“I am thankful to the Deputy Prime Minister because it was not easy for the education officers and teachers to tell the government the actual conditions of their schools.”
Meanwhile, president of the Sarawak Teachers’ Union (STU) William Ghani Bina, when contacted, said about 600 primary schools in the rural areas were in need of urgent repair.
“That’s the way allocation for schools should have been distributed. After all, teachers in all these different schools are government servants and the students are all Malaysians. They all deserve better facilities,” stressed Ghani.
Ghani said he also welcomed the government’s move to continue to assist Chinese-aided schools because Mandarin had grown in stature globally due to China’s rapid rise as an economic powerhouse.
“In many cases, the majority of pupils in Chinese-aided schools in the rural areas are Bumiputeras,” Ghani pointed out.

Wednesday, March 30, 2011

Sembilan kawasan panas



PANDUAN: Wan Ahmad menunjukkan buku panduan penguatkuasaan yang akan digunakan pada pilihan raya negeri Sarawak April ini.
SPR hantar pasukan penguat kuasa pantau kempen pilihan raya yang dijangka sengit 
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenal pasti sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kawasan panas pada Pilihan Raya DUN Sarawak Ke-10, April depan.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kawasan berkenaan ialah N.4 Pantai Damai, N.12 Kota Sentosa, N.13 Batu Kawah, N.19 Kedup, N.39 Repok, N.46 Dudong, N.48 Pelawan, N.49 Nangka dan N.51 Balingian.
Sembilan kawasan DUN panas yang bakal menyaksikan kempen-kempen yang cukup sengit itu ketika ini disandang oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) bagi DUN Balingian; Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) – Nangka; Vincent Goh (BN-SUPP) – Pelawan; Datuk Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) – Dudong; Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) – Repok; Frederick Bayoi Manggie (BN-PBB) – Kedup; Tan Joo Phoi (BN-SUPP) – Batu Kawah; Chong Chieng Jen (DAP) – Kota Sentosa dan Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) – Pantai Damai.
Bagi memastikan aktiviti kempen berjalan dengan lancar, pihak SPR akan menu-buhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di kesemua sembilan kawasan DUN panas ini.
“Setiap pasukan PPKPR yang ditubuhkan akan dianggotai lima orang petugas terdiri daripada pegawai SPR, pegawai polis berpangkat inspektor ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang wakil bagi setiap calon yang bertanding.
“Bagi sembilan kawasan DUN yang dikenal pasti sebagai kawasan panas ini, pasukan PPKPR yang ditubuh-kan akan dibahagikan kepada dua kawasan untuk dipertanggungjawabkan kelak.
“Ketua pasukan dalam pada itu akan diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana parti politik yang didapati melanggar peraturan kempen yang telah ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media sebelum menghadiri sesi Taklimat Penguatkuasaan Pilihan Raya bagi Zon Kuching di salah sebuah hotel terkemuka di sini membabitkan 32 kawasan DUN semalam.
Jelasnya, antara perkara yang akan dipantau oleh pasukan PPKPR pada pilihan raya ke-lak membabitkan aktiviti ber-kempen sama ada berpermit atau tidak, bahan kempen yang dipasang pada poster dan perkataan yang digunakan tidak bercanggah dengan isu sensitif.
Pihak SPR dalam pada itu katanya, akan menggunakan pendekatan mesra ketika memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen.
Tegasnya, mana-mana pos-ter atau sepanduk yang didapati tidak mematuhi peraturan kempen akan diarah untuk diturunkan serta-merta.
Oleh itu katanya, semua pihak yang terlibat dalam aktiviti kempen kelak diingatkan supaya memberikan kerjasama dengan pegawai dan petugas bagi memastikan proses ber-kempen berjalan lancar.
Dalam pada itu, SPR mele-takkan jangkaan optimistik ke atas peratusan undi pada pilih-an raya negeri Sarawak kali ini.
SPR katanya, sentiasa berharap peratusan undi sentiasa meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kesedaran rakyat terhadap tanggungjawab mereka kepada negeri dan negara.
Pada pilihan raya 16 April depan, SPR melantik 24,376 orang pegawai dan petugas pilihan raya serta menubuhkan 80 pasukan PPKPR bagi membantu SPR memantau aktiviti kempen.
Bagi melancarkan lagi proses pilihan raya negeri kali ini, SPR akan menggunakan 843 perahu, 4,449 kenderaan pacuan empat roda, 27 helikopter dan dua pesawat ringan dari dalam negara dan luar iaitu Filipina dan Kalimantan Indonesia.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha SPR Datuk Nordin Che Ngah sekali gus menyampaikan taklimat kepada kira-kira 32 pegawai petugas daripada 32 kawasan DUN Zon Kuching.