Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Tamparan Kaw Kaw Di Bagi Tun Dr. Mahathir Untuk Mulut Bacul Nik Aziz



NAMPAKNYA TUN MAHATHIR TELAH MENGAMUK KERANA PERANGAI NIK AZIZ MAKIN MENJADI-JADI DENGAN MEMBUKA FATWA YANG BUKAN-BUKAN.
SILA LIHAT ARTIKEL BERKENAAN DENGAN TUN MAHATHIR YANG MENGAMUK DAN MARAH DI ATAS PERBUATAN NIK AZIZ DI BAWAH.SAYA MINTA MAAF SEKIRANYA ARTIKEL INI TERLALU PANJANG


1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah S.W.T. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah S.W.T. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.



6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.


13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.


16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.




20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.


25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam
.



29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."




32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.


35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.


38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.


41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.




43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala
?



45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?




47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?



49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

SEKIRANYA ANDA PEMIMPIN ISLAM DAN DI SEGANI OLEH RAKYAT JANGANLAH ANDA MEMBUAT FATWA YANG BUKAN-BUKAN DAN AJARLAH UMAT MANUSIA DI DUNIA INI DENGAN AJARAN YANG BENAR BUKAN SESAT
SAYA NAK LIHAT APA PULAK BLOG PAKATAN AKAN BAGITAHU NANTI.BERANI KER PAKATAN NI NAK HENTAM TUN MAHATHIR ATAS KENYATAAN YANG DIBERIKAN DI ATAS
ADA BERANI ???

Monday, January 17, 2011

No Pakatan Rakyat Racism Please.


Below is writing by Mariam Mokhtar, "
Sunday, 16 January 2011 01:08

But Taib does not practise 1Malaysia

Written by  Mariam Mokhtar, Malaysia Chronicle
Taib Mahmud can’t possibly believe in Prime minister Najib Abdul Razak’s 1Malaysia. If he did, he would have chosen a Malaysian bride, better still a Sarawakian. Instead, he married a Syrian woman. Love is of course more important than racial origins.
Najib is due in Sarawak for a working visit this weekend and together with the First Lady, is expected to attend Taib’s wedding reception in Kuching.
The PM will join about 460 invited guests to mark Taib’s marriage to Ragad Waleed Alkurdi, from Syria. The spectacular ball will be a Who’s Who of South-East Asia perhaps. It is where Cinderella meets her prince’s chums.
Taib Mahmud remarried on December 18 last year and the akad nikah (solemnising of the marriage) was performed at his residence at Demak Jaya in Petra Jaya.
If Taib is accused of not practising Najib’s 1Malaysia, then he also stands accused of being too westernised.
The Press Secretary to the Chief Minister Jameson Ahip Nawie said, “This particular celebration will be a formal affair, where the male guests are expected to be attired in tuxedo suit.”
So what happened to the formal baju Melayu? Why are guests dressed to look like ‘penguins’? Is national costume not good enough for Taib?"



Oleh Muda Tengah

Amat sedih untuk membaca penulis Pakatan Rakyat Mariam Mokhtar untuk menulis dengan niat yang tidak baik seperti dalam artikel. "But Taib does not practise 1Malaysia".  Apakah salah atau dosa untuk Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk bernikah dengan seorang Syria, seorang arab, seorang cina, seorang india atau seorang kadazan?

Adakah Mariam Mokhtar melayu tulen?  Atau melanau tulen, iban tulen atau kadazan tulen?  Saya pasti Mariam Mokhtar seperti ramai lagi rakyat Malaysia mempunyai sedikit darah campuran dalam dirinya.  Adakah Mariam Mokhtar akan bantah kalau anak atau anak buahnya mahu bernikah dengan seorang thai, arab, jerman atau amerika?

Adakah Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com "anti-western"?  Adakah sekarang Mariam Mokhtar akan putar balik (selama ini Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengecam segala budaya Melayu) dan menetang segala 'idea western'?Adakah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud 'too westernized' jika setengah tamu memakai baju 'western?  Malangya ini juga satu lagi fitnah oleh Mariam Mokhtar dan malaysian-chronicle.com kerana beberapa tamu dalam Majlis Perkahwinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ADA memakai baju kebangsaan atau 'formal baju melayu'.

Kenapa Mariam Mokhtar dan malaysia-chronicle.com mengaitkan pernikahan peribadi Pehin  Sri Abdul Taib Mahmud dengan idea 1Malaysia? Bukankah jodoh itu adalah pemilihan peribadi?  Amat tidak baik untuk memfitnah seseorang tidak menyokong 1Malaysia semata-mata kerana memilih pengantin bangsa lain.  Kalau mariam mokhtar dan malaysia-chronicle tidak menyokong konsep 1Malaysia dan memburuk-burukkan konsep itu suka hatilah tetapi jangan memfitnah orang lain.  Sila hormati kebahagiaan seseorang dalam waktu perkahwinannya dan jangan racuni dengan tohmahan atau fitnah.  Adakah Pehin Sri Abdul Taib pernah memfitnah atau mencaci perkahwinan Mariam Mokhtar atau anak-anaknya?  Janganlah begitu.  Bila sesiapa mengambil langkah murni untuk mencari kebahagiaan dengan bernikah sah, "please just wish them well and happiness".

As the saying goes, "If you have nothing good to say, don't say anything...".

Tuesday, January 11, 2011

Hormatilah Sarawak

 
"Whispers of a vicious sms campaign to derail Baru Bian's re-appointment as State Liaison Chief for Sarawak in the last few days by a small group of dissenting 'hidden hands' have been put to rest with the top leadership in Kuala Lumpur reiterating their unequivocal support for Baru Bian and announcing his re-appointment this afternoon at party headquarters in Merchant Square, Jalan Tropicana, Selangor.

The leadership of PKR also announced that Baru Bian's largely ceremonial Vice President's post has been assumed by Datuk John Nuek, a retired civil servant. This will free Baru Bian to concentrate on the PKR elections machinery and lead the charge in the coming state elections

The leadership also announced the appointment of lawyer See Chee How to the PKR Supreme Council. These strategic appointments by Kuala Lumpur are a clear message that the party is now ready for the big showdown with the Barisan Nasional. "    
http://hornbillunleashed.wordpress.com/  



Oleh Mudatengah
Amat sedih untuk melihat calon Ketua Menteri Pakatan Rakyat dan 'Ketua' PKR Sarawak dipermainkan oleh Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin PKR.  Sekejap mahu sekejap tak mahu.
Akhirnya 'kedudukan' atau 'fate' calon Ketua Menteri Sarawak Pakatan Rakyat ditentukan di merchant square iaitu satu row shoplot di petaling jaya (sila lihat gambar atas).
Adakah ini cara PKR 'menghormati' Sarawak dan rakyatnya?
BN Sarawak memilih pemimpin-pemimpin mereka oleh perwakilan-perwakilan rakyat Sarawak.  PBB, SPDP, PRS dan SUPP semua memilih calon-calon jawatan-jawatan kerajaan dikalangan rakyat Sarawak sahaja.  Bukan dengan sms campaign atau kedai kopi di tepi jalan tropicana, pj (merchant square).
BN Sarawak menggunakan tempat terluhur seperti Bangunan DUN atau Borneo Convention Center.  Bukan tepi jalan shophouses seperti Pakatan Rakyat.
Sehingga Pakatan Rakyat amnya dan PKR khususnya memberi penghormatan yang selayaknya kepada rakyat Sarawak maka rakyat Sarawak harus memilih untuk dihormati dengan baik.  Sebagaimana yang dilakukan oleh BN Sarawak...

Ananag Guai Manjung Ba Pala Wong, Anang Guai Gaga Nempap Dada.....



Baka nya meh munyi jaku sempama kitai iban dulu kelia ke dikena ngingat ke orang ti ka ngereja pengawa.... anang jampat temegah ati madah ke diri empu ulih ngereja pengawa nya enggau mujur enti empai ngasai, empai kala nguji ngaga,empai temu pemutus pengawa...
Asai ke dulu pengawa, gaga dulu kerja.... enti udah amat-amat mujur, betul-betul berjaya nya baru tau temegah ati agai usaha diri empu.. nya ea ke betul... tapi salah amat-amat enti temegah ati madah ke diri ulih berjaya ngereja pengawa nya tang alu empai ngereja pengawa serta nadai usaha ka ngereja pengawa nya enggau mujur....
Baka tuk meh pengawa sida PKR.... Ba sitak menua Sibu sida PKR udah madah yang sida ea akan menang PRU ke ka datai tuk ila ba sitak N49 Nangka ko sida ea madah agai aku... temegah amat ati pengari PKR ke ka bediri ngangkat ke diri nyadi YB nya ila madah ke diri sigi endang 'GERENTI MENANG AKU BETANDING ILA IGAT' ko ea madah agai aku... tang ari utai ke dipeda aku, ke diperati ke aku bala sida ea seraban ari suba-suba sampai ke maya aku nulis cerita tu, sida seraban ea semina ke makai tinduk serta lepak ba kedai kopi aja.. becerita bejai ke perintah BN, bula ke rakyat,nyebar petenah bejai perintah BN agai rakyat. nadai utai ke betul digaga perintah BN ko sida seraban becerita ba kedai kopi sari nya.
Kati amat perintah BN nya jai nadai meri pemansang agai rakyat kini? ya enti amat perintah BN nya jai, nadai meri pemansang agai rakyat agai menua, ari ni deh penatai penyenang pemansang rakyat serta menua kitai tuk di ulih ngelama tuk ga? ari PKR pia? "JAUH PANGGANG DARI API" ko menyadi kitai be bansa Melayu madah. Sida PKR semina ke ulih meri komen kosong aja, bejaku bula agai rakyat bansa kitai Dayak aja.
Enti ke semina ulih bejaku ba kedai kopi aja alu ka bediri nyadi pengari rakyat, aku pan ulih ga. bala ibu bala aya ke bejual ba market ba sebelah tamu pan ulih mega bediri nyadi pengari rakyat. tang baka ni orang baka tu ulih ngemansang ke menua ngangkat ke taraf ekonomi rakyat deh? baka ni? ulih ea ngamat ke jaku ea maya ke berkempen ila kini? kada enda mayuh agi "KUAH ARI ISI" orang ke baka tuk deh... enti ngemansang ke menua ngari ke rakyat ngena jaku aja aku pan ulih..... nadai guna mulut aja ke engkebut tang jari, kaki, patung, siku enda engkebut..... "MULUT NYEBUT, PATUNG ENDA NYAUT" ko orang kelia.... nama tuju deh? bisi jaminan untuk maju, mansang manah agi nasib kitai rakyat laban pengari ke semina pandai bejaku aja tang enda pandai gawa deh? pelaba aku nadai jaku mansang mujur manah agi enti orang ke baka tuk nyadi pengari kitai ila. kitai rakyat tuk ke peli-peli mata aja meda pemansang "ea" kediri aja ila. ea aja ke senang kitai tuk nadai bulih apa-apa ila.

Thursday, January 6, 2011

Jeffrey sudah sedar...Bila lagi Baru Bian nak sedar?

Keputusan untuk menarik diri dari PKR pastilah suatu keputusan yang sungguh menyedihkan hati Jeffrey Kitingan.  Semua mengakui bahawa Jeffrey Kitinganlah yang telah membina PKR Sabah dari kosong kepada parti yang disegani di Sabah hari ini.  Jeffrey Kitingan telah menaburkan reputasinya yang tinggi, masanya yang berharga, titik peluh dan wangnya sendiri untuk membina PKR Sabah menjadi kuat dan disegani.

Jeffrey Kitingan terkenal di Sabah sebagai pemimpin yang benar-benar sayangkan Sabah dan mahukan yang terbaik untuk tanahairnya.  Jeffrey Kitingan telah membuat press conference bahawa kasih sayang dan taat setianya kepada Sabah lah menjadi dorongan utama untuk keluar dari PKR. “It was not an easy decision but it is the one I must inevitable make in the light of what I must do for the people of Sabah and Sarawak,” he said in a statement late Sunday.

Jeffrey Kitingan telah sedar bahawa PKR tidak memperjuangkan rakyat dan hak Sabah.  Bilakah Baru Bian akan sedar bahawa PKR tidak memperjuangkan rakyat dan hak Sarawak?

Untuk Baru Bian dan rakyat Sarawak yang telah terpedaya untuk masuk PKR, kita minta tolong renung dan fikirkan sedalam-dalamnya.  Minta tolong jangan terburu-buru, cepat melenting atau marah...sebagai nasihat seorang rakyat Sarawak kepada seorang rakyat Sarawak..."fikirlah dan rasailah dengan sanubarimu".


Pada hemah saya suatu lagi sebab yang menyebabkan Jeffrey Kitingan sedar dan bertaubat bahawa PKR tidak ikhlas dan tidak AKAN memperjuangkan rakyat Sabah adalah 'structural' problem.  Masalah 'structural'nya adalah pemimpin PKR Sabah di'PILIH' oleh Presiden atau 'Penasihat' PKR pusat.  Umpamanya katakan Ketua PKR Sabah adalah Ketua Menteri Sabah dan namanya adalah YAB Mat Salleh.  Kalau katakan menantu Presiden atau 'Penasihat' PKR mahukan konsesi balak dari kerajaan negri Sabah tetapi YAB Mat Salleh tidak mahu mengikut permintaannya maka esok bapa mertuanya boleh secara mutlak menukar Ketua PKR daripada YAB Mat Salleh kepada orang lain (yang mahu mengikut kehendak menantunya).  Oleh itu juga YAB Mat Salleh akan terlucut YAB dan jawatan Ketua Menteri dengan sekelip mata!

Dimanakah terletaknya hak rakyat Sabah yang telah menyokong dan menaruh kepercayaan kepada Mat Salleh sebagai YAB Ketua Menteri mereka!?

Renungilah lagu keramat bumi kenyalang ini...
Sarawak Tanahairku
Negeriku Tanah Airku Sarawak
Engkaulah Tanah Pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu Pertiwiku
Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia
Damai Muhibbah Sentiasa
Bersatu Berusaha Berbakti
Untuk Sarawak kucintai
Sarawak dalam Malaysia
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak Bertuah
Teras Perjuangan Rakyat

Kenyataan Media Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim


"Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, "alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."
"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.
Rais berkata, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuhkerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akanditerima dan dipatuhi.
Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demikeadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."
"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan alegasi salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, sehubungan itu, perkara itu adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.
Laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lepas susulan spekulasi blogger adalah bukti bahawa alegasi ini bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan, kata anggota Parlimen Jelebu itu.
Rais berkata: "Alegasi pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil wikileaks."
Beliau berkata, tindakan mengaitkan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai tidak melayani aduan pada 2007 berkaitan kes tersebut adalah suatu perbuatan "politik licik murahan yang semata-mata bertujuan mengelirukan fakta dimata rakyat kerana perkara tersebut tidak pernah dibawa ke perhatian Abdullahdan Musa."
"Apa-apa yang disebut sebagai laporan dari luar atau dalam negara yang mengisahkan alegasi memperkosa individu tertentu di dalam media blog, laman web atau lain-lain di internet adalah manifestasi politikbagi tujuan merosakkan peribadi saya selaku Anggota Pentadbiran Kerajaan Malaysia yang rekod khidmat saya tidak pernah tercela dengan sebarang salah laku dalam tempoh hampir 40 tahun," katanya.
Rais berkata, tujuan merosakkan nama dan imej beliau itu jelas supaya perjuangannya di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tergencat dan menggagalkan dasar-dasar kerajaan BarisanNasional khususnya Gagasan 1Malaysia yang dicipta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
"Pembangkang dan pihak-pihak yang tidak senang dengan penerimaan dan kejayaan dasar ini di kalangan rakyat bertindak untuk membantutkannya melalui fitnah dan pendustaan murahan.
"Mereka berpandangan dengan ‘membunuh pengantarnya’ tujuan jahat merekatercapai," tambahnya.
Rais berkata, dengan adanya gara-gara dan perkembangan pilihan raya kecil dan umum di musim kini, "isu seperti ini diolah oleh mereka itu sebagai ‘lembing rejaman’ yang diharap akan membunuh politik dan perjuangan murni kerajaan.
"Mereka menganggap dengan dedahan bersifat spekulasi dan tohmahan ini pemerhatian umum terhadap kes-kes jenayah besar seperti liwat yang melibatkan pimpinanan pembangkang akan dapat dipesongkan," katanya. - BERNAMA