Sunday, July 31, 2011

Pro-Dayak & PRS tiada masalah NCR

BR petang tadi ada menerima e-mail dari seorang rakan yang berkenaan dengan masalah NCR di Sarawak yang sering kali menjadi isu perbualan dan perbalahan di dalam Page Pemuda PRS Sarawak (Facebook). Rakan BR tersebut yang mewakili diri nya sendiri mengajukan soalan berkenaan dengan NCR iaitu masalah NCR di kalangan Rakyat Dayak di sarawak. beliau mengajukan soalan tersebut di dalam page PPRSS adalah bertujuan ingin tahu masalah, punca masalah dah siapa yang bermasalah berkenaan dengan NCR. akan tetapi, setelah 13 jam menungu balasan/jawapan dari pihak PPRS serta Pro-Dayak, rakan BR tiada menerima sebarang maklum balas serta jawapan dari kedua-dua pihak. oleh yang demikian, rakan BR memutuskan untuk mewakili beliau mengeluarkan kenyataan ini. 


E-mail dari rakan BR.
Dari apa yang BR selidiki di dalam page PPRSS, memang benar isu NCR di kalangan Dayak di sarawak sudah selesai dan tiada isu berbangkit. jika ada sekalipun, ianya hanyalah dikeluarkan untuk meraih sokongan di kalangan rakan-rakan Page PPRSS sahaja. BR berani berkata demikian kerana tiada bukti dari pihak yang bermasalah di dalam isu NCR. tiada apa-apa aduan, pandangan mahupun maklum balas kepada rakan BR berkenaan dengan isu NCR bila beliau mengajukan topic tersebut di dalam page PPRSS. 

Sunday, July 17, 2011

Sepetang Di Padang Penjara Sibu Bersama Pasukan Bola Sepak Negeri Sarawak

Sepak Mula Dan Perasmian Perlawanan Persahabatan "The Crocs" VS Sibu FC Di Lakukan Oleh Presiden FAS Dan Presiden Persatuan Bola Sepak Sibu.

Bersalaman Bersama Pemain Sibu


 KEADAAN DAN KUALITI PADANG PENJARA SIBU
Keadaan Tanah Padang Penjara Sibu.







 ANTARA VVIP YANG TURUT SERTA HADIR MENYAKSIKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN 'THE CROCS" VS SIBU



 SUNTIKAN SEMANGAT KEMENANGAN BERGAYA "THE CROCS"


 KOSONG..... Stadium Sibu

PERBEZAAN KUALITI PADANG PENJARA SIBU DAN PADANG STADIUM SIBU..

KEADAAN DAN KUALITI PADANG STADIUM SIBU

KEADAAN DAN KUALITI PADANG PENJARA SIBU
Penulis tidak tahu nak kata apa lagi.. Apakah kekurangan kualiti Padang Stadium Sibu berbanding dari Padang Penjara Sibu.... tetapi... ini lah kenyataan nya.. Persatuan Bola Sepak Sibu memilih Padang Penjara Sibu sebagai tempat berentapnya perlawanan persahabatan pasukan Sibu dan Pasukan Negeri Sarawak Petang 16/07/2011... Adakah pemilihan tempat perlawanan persahabatan ini adalah di"SENGAJAKAN" atau sebaliknya?
Perlawanan persahabatan ini adalah bersempena dengan Program "THE CROCS ON ROAD, NGAP SAYOT". Perlawanan persahabatan ini menyaksikan pasukan Negeri Sarawak menang bergaya menentang pasukan Sibu dengan kemenangan 7-0.
TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK NEGERI SARAWAK..
Antara VVIP yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Sarawak VS Sibu. (kiri) Datuk Sudarsono (Presiden Bola Sepak Sarawak) Y.B Dr. Anuar (ADUN Nangka) dan Tuan Haji Radin Kadri (Presiden Persatuan Bola Sepak Sibu)

Kata-Kata Semangat Dari Jurulatih Setelah Menang Menentang Pasukan Sibu 7-0

Friday, July 15, 2011

JELAJAH PASUKAN BOLA SEPAK NEGERI SARAWAK

Jelajah Persatuan Bolasepak Sarawak telah pun bermula pada 14 Julai 2011 lalu yang memulakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan Bahagian Betong. Perlawanan persahabatan tersebut berlangsung di Stadium Mini Betong.
Syabas Persatuan Bolasepak Sarawak... Esok Pasukan Negeri Sarawak akan bertemu dengan Pasukan pilihan bahagian Sibu bertempat di PADANG PENJARA SIBU.... Padang Penjara? Betul... di padang penjara.... Dimana Stadium Sibu?.... Apakah Qualiti Padang Penjara Sibu lebih baik daripada Qualiti Padang Stadium Sibu? Atau di sebaliknya? Apa sudah berlaku dengan Arena Sukan Bolasepak Di Sibu?
MUKAH, BETONG, KAPIT, BINTULU Dan MIRI semuanya berlangsung di STADIUM....... Kenapa SIBU di PADANG PENJARA? ADAKAH PADANG PENJARA SIBU LEBIH BERKUALITI DARI PADANG STADIUM SIBU?




Kita tengok perbezaan Padang Penjara Sibu Dengan Padang Stadium Sibu dalam laporan esok....

Friday, July 8, 2011

SENARAI YANG TIDAK DI BENARKAN MASUK KL ESOK

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

Perkasa
  1. Datuk Ibrahim Ali
  2. Datuk Ab Rahman Abu Bakar
  3. Syed Hassan Syed Ali
  4. Irawah Fahmi Ideris
  5. Roslan Kassim
  6. Sharifuddin Abd Hamid
  7. Dr Zubir Harun
  8. Ameir Hassan
  9. Datuk Ahmad Saad
  10. Ahmad Zaini Ismail
  11. Muhammad Zaid Md Arip
  12. Abdullah Mansor
  13. Zaira Jaafar
  14. Norkhaila Jamaludin
Pemuda Umno
  1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  2. Datuk Megat Firdouz Megat Junid
  3. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
  4. Megat Zulkarnaian Omardin
  5. Rizalman Mokhtar
  6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
  7. Lokman Noor Adam
  8. Datuk Abdul Azeez Rahim
  9. Ungku Saleh Ungku Jamal
  10. Arman Azha Abu Hanifa
  11. Tun Faisal Ismail Aziz
Bersih
  1. Datuk Ambiga Sreenevasan
  2. Mohamad Sabu
  3. Hishamuddin Md Rais
  4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
  5. Maria Chin Abdullah
  6. Chua Tian Chang
  7. Kamarulzaman Mohamad
  8. Dr Mohd Hatta Md Ramli
  9. Syed Shahir Syed Mohamud
  10. Syed Ibrahim Syed Noh
  11. Teresa Kok Suh Sim
  12. Badrul Hisha Shaharin
  13. Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
  14. Arutchelvam A/L Subramaniam
  15. Wong Chin Huat
  16. Ong Boon Keong
  17. Enalini A/P Elumalai
  18. Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
  19. Datuk Khalid Yunus
  20. Datuk Zulkifli Noordin
  21. Dr Zubir Harun
  22. Datuk Seri Abd Hadi Awang
  23. Datuk Seri Anwar Ibrahim
  24. Lim Kit Siang
  25. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
  26. Nurul Izzah Anwar
  27. Kohila Yanasekaran
  28. Zaid Kamaruddin
  29. Khoo Teng Swee
  30. Fadiah Nadwa Fikri
  31. Yap Swee Seng
  32. Salahuddin Ayub
  33. Datuk Mahfuz Omar
  34. Nasrudin Hasan
  35. Mazlan Aliman
  36. Dr Syed Azman Syed Nawawi
  37. Dr Dzulkifli Ahmad
  38. Dr Mujahid Yusof
  39. Khalid Abd Samad
  40. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
  41. Azman Shapawi Abd Rani
  42. Suhaizan Kaiat
  43. Nor Azli bin Musa
  44. Mohd Firdaus Jaafar
  45. Loke Siew Fook
  46. Lau Wen San
  47. Mohd Azmin Ali
  48. Mat Shuhaimi Shafie
  49. Satipul Bahari Amamt
  50. Wan Hassan Mohd Ramli
  51. Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
  52. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
  53. Muhammad Hilman Idham
  54. Mohd Shukri Che Ab Razab
  55. Mohd Syukri Kamaruddin
  56. Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
  57. Choo Chon Kai
  58. Sarasvathy Muthu
  59. Soh Sook Hwa
  60. Nurul Izham Nurul Anuar
  61. Abd Rahim Osman
  62. Mohd Sibri Ismail
  63. Mohd Lukam Muda
  64. Datuk Prof Kamaruddin Kachar
  65. Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

Tuesday, July 5, 2011

PAS junjung titah Tuanku Mizan

KUALA LUMPUR: PAS menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, kelmarin berhubung perhimpunan haram yang dirancang kumpulan pengacau pada Sabtu ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS merasa berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan Yang di-Pertuan Agong sebagai pelindung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan negara.
"Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
"Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihan raya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Hadi juga mendakwa bahawa tercetusnya idea bantahan tersebut adalah berikutan berlaku banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia termasuk penipuan, rasuah, salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik.

"Keadaan ini semakin buruk walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan," katanya.

Sumber:- Bernama

KITA BERSIH STADIUM - Ambiga

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akhirnya mengubah pendirian dengan bersetuju mengadakan perhimpunan Sabtu ini di sebuah stadium, bukannya di jalanan, selepas menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hampir sejam di Istana Negara, petang tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menghadap itu, Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata lokasi stadium yang bakal digunakan itu belum ditetapkan tetapi tarikh perhimpunan tidak berubah.
“Pertemuan kami dengan Baginda selama hampir sejam itu berjalan dengan baik selain turut memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.
“Kita setuju untuk mengadakan perhimpunan BERSIH ini di stadium 9 Julai ini.... tiada lagi perhimpunan jalanan seperti yang dirancang sebelum ini. Bagaimanapun lokasi stadium belum ditetapkan.

“Malah, kita juga sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kerajaan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya.

Ambiga yang berpakaian serba biru dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada jam 1.55 tengah hari tadi dengan menaiki Toyota Camry.

Turut mengiringi beliau ialah Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.
Ambiga berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan mengenai perubahan lokasi perhimpunan itu.

Kelmarin, Tuanku Mizan bertitah rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan semua pihak.

"Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikannya secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'," titah baginda.

Monday, July 4, 2011

DEMONSTRASI..... ADAT MELAYU DI MALAYSIA?


MASYARAKAT Melayu tradisional sering beralas ketika berhujah dan memberi pendapat. Mereka tidak bertekak, apatah lagi menyanggah sesuatu pandangan dengan rusuhan dan menumpahkan darah. Suasana kekitaan menjadi tonggak muafakat hingga menerbitkan peribahasa 'bersatu teguh bercerai roboh'. Jarang Melayu mengamuk kecuali kes 'Sultan Mahmud mangkat dijulang' membabitkan amukan seorang rakyat yang isterinya dibunuh Raja dengan alasan remeh.

Melayu juga pernah demonstrasi dalam dua kes bersejarah – penentangan dasar Malayan Union dan isu agama membabitkan peristiwa Natrah di Singapura. Dua kes ini membabitkan survival bangsa dan agama ekoran dasar penjajah yang tidak memihak kepada warga tempatan.
Kes Natrah pula memang dijangka tidak memihak kepada Melayu kerana keputusan mahkamah Barat yang mengambil pendekatan status gadis bawah umur bertukar agama dan berkahwin dengan Mansor Adabi. Apapun penentangannya, suara Melayu musnah di sebalik tabir undang-undang penjajah yang lebih kebal di Singapura.
Era selepas merdeka membabitkan kesan langsung peristiwa 13 Mei berjaya membentuk cara berfikir yang lebih radikal di kalangan sesetengah Melayu. Mereka bukan saja menggerakkan demonstrasi pelajar pada 1974 di Kuala Lumpur, bahkan berani secara terbuka menyanggah sesuatu pendapat yang dirasai tidak kukuh.

Demonstrasi pelajar menjadi medan meluahkan pandangan yang di luar pemikiran arus perdana. Mereka berani berhujah, walaupun ada ketika dituduh diresapi ideologi komunis.

Di kalangan ahli UMNO pula, mereka pernah menyaksikan tunjuk perasaan penyokong bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris yang membantah hukuman penjara bersabit kes rasuah. Ribuan Pemuda UMNO yang ketika itu dikenali Pemuda Tahan Lasak berkumpul di beberapa daerah.

Mereka menentang Perdana Menteri ketiga, Tun Hussien Onn yang dianggap mempunyai agenda terhadap Harun. Mujur, tunjuk perasaan tidak sampai menjejaskan keselamatan negara.
Keadaan sebaliknya berlaku menjelang 2 September 1998 apabila ribuan anak muda tunjuk perasaan dan secara terbuka bersuara lantang di jalanan. Mereka menggunakan ruang demokrasi untuk demonstrasi. Isu reformasi, korupsi, kronisme berbaur dengan pertuduhan di mahkamah.

Gerakan jalanan menjadi tumpuan pihak tertentu di Barat, khususnya Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore yang menyifatkan ‘perjuangan rakyat berani’. Ketika ekonomi negara merudum ekoran mainan spekulator mata wang, gerakan anak muda mudah dikaitkan sebagai tali barut asing. Suara dan aksi mereka mendapat liputan meluas media antarabangsa yang berpangkalan di Australia, Hong Kong dan Singapura. Banyak drama dan intrig dihidupkan. Ada masanya, media bagai mahkamah yang mudah menghukum pihak yang tidak disenanginya.

Demokrasi dan hak asasi menjadi mantera di media maya. Banyak yang dikatakan sebagai penyelewengan dan isu kemanusiaan bertebaran di laman web, portal berita dan blog. Ruang untuk menegakkan keadilan seperti yang diperjuangkan, semakin perlekeh oleh suara yang kononnya pejuang sejati. Betapa mudah perasaan awam dipermainkan hingga menyingkirkan fakta dan keadaan sebenar.

Selepas berakhir Perang Dingin dan runtuhnya Tembok Berlin, gerakan hak asasi antarabangsa semakin akrab melihat dan menyemak isu demokrasi di dunia ketiga. Isu keadilan, kemanusiaan, tata urus pilihan raya menjadi semakan yang mengghairahkan. Rejim Suharto bukan saja tumbang kerana amalan kronisme dan ekonomi bobrok, juga isu kebebasan pilihan raya dan hak asasi di Timor Timur (Timur Leste), Aceh dan kepulauan Sumatera.

Keadaan sama berlaku di Thailand dengan pelbagai jenama baju yang ditaja. Baju merah, kuning dan entah apa lagi, sering bergelut di jalanan yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan kestabilan keselamatan negara. Kesan langsungnya adalah kepada proses pembudayaan minda masyarakat; apakah tunjuk perasaan penyelesaian terbaik dalam menangani sesuatu isu? Alangkah mudahnya membakar perasaan orang ramai di jalanan, tetapi tidak semudah itu untuk menanganinya.

Masyarakat Melayu tradisional mengutamakan muafakat dan perbincangan sebagai jalan penyelesaian. Tradisi Islam pula menerima muzakarah dan ijtihad sebagai ruang menyemak dan menyelesaikan sesuatu isu. Apakah unsur yang sudah lama diamalkan dalam masyarakat kita sudah lama berkubur? Apakah kepentingan siasah menjadi bahang api yang bakal membara dan kita semakin tidak rasional?

Sunday, July 3, 2011

"BERSIH" SUSAHKAN RAKYAT

Datuk Dr Azman Amin Hassan (kiri) dan Kamal Affendi Hashim

Pencetus ketegangan tidak syukuri nikmat kemerdekaan

RAMAI kecewa kerana pihak penganjur terus berdegil untuk meneruskan perhimpunan haram di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu, Sabtu depan. Polis sudah menutup ruang rundingan kerana penganjurnya, terutama Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) tidak mahu membatalkan hasrat itu. Wartawan Berita Minggu, MOHD AZIS NGAH dan NADIA HAMID mendapatkan pandangan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Dr Azman Amin Hassan dan pakar keselamatan, Kamal Affendi Hashim untuk membincang lanjut isu ini.
RAMAI mengatakan penganjuran perhimpunan kali ini dipengaruhi anasir asing yang memilih kaedah bantahan jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati berbanding saluran betul seperti melalui pilihan raya. Adakah mereka ini sebenarnya berada di bawah telunjuk ‘tangan asing’ yang cuba merosakkan keamanan negara?
Ya, itulah yang kita nampak hari ini. Perhimpunan BERSIH jelas dipengaruhi keputusan dan amalan dunia luar untuk menggulingkan kerajaan seperti di Asia Barat, misalnya di Mesir yang cuba menukar kerajaan melalui cara lain, lihat apa berlaku di negara jiran, Thailand, sehingga kini masih bergolak akibat politik. Itulah mereka cuba lakukan saya percaya ia memang dipengaruhi hasutan pihak tertentu. Walaupun negara kita aman, masih ada tidak berpuas hati dan meluahkan perasaan dengan cuba mengheret rakyat melalui hasutan, itu sebenarnya amat berbahaya. Rakyat dihasut supaya menyertai perhimpunan, ada yang cuba menumpang seronok, sedangkan mereka tidak mengkaji kesannya secara mendalam.

Sudah tentu kerajaan risau, memang akan ada yang cuba membuat kacau, cetuskan pergaduhan, ketegangan hingga ia boleh merebak menjadi perkara lain. Bahkan, tidak mustahil ia boleh mencetuskan isu perkauman. Semua itu patut dihindar sebab negara kita aman, jauh daripada bencana alam, kita patut bersyukur. Kenapa perlu mencipta bencana baru dengan cetuskan huru-hara, sedangkan kita ada pilihan menukar kerajaan melalui pilihan raya. Jika betul mereka ingin adakan perhimpunan, kenapa tidak memilih tempat tertutup yang dibenarkan, misalnya di Stadium Bukit Jalil yang boleh memuatkan 100,000 orang. Jangan berhimpun di tempat awam, itu mengganggu orang ramai yang tiada kena mengena dengan perjuangan mereka. Jelas, mereka cuba buktikan Malaysia negara yang huru-hara, sedangkan hakikatnya kita selamat dan tenteram. Badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik ekstrem akan buat apa saja untuk mencabar kerajaan, mereka mendakwa perlukan demokrasi, tetapi kenapa tak amalkan demokrasi melalui saluran betul. Dalam situasi ini, kerajaan tersepit di celah-celah kenakalan anak Malaysia yang tidak tahu bersyukur. Saya percaya, mereka sebenarnya cuba ‘mencipta nama’ di persada antarabangsa dengan menjadi wira jalanan. Kerajaan sudah buat macam-macam, tetapi masih ada yang sangkal pelaksanaan dasar kerajaan. Dalam usaha pulihkan negara, kita sepatutnya bersatu, kerana melalui cara itu kita akan jadi hebat tetapi masih ada pihak tertentu cuba meracuni rakyat dengan mendakwa kerajaan tidak bersih.

Berdasarkan beberapa bukti ditemui polis, wujud kemungkinan, perhimpunan bantahan itu juga sebenarnya adalah cubaan menghidupkan semula fahaman komunis secara senyap?

Fahaman komunis sudah lama terpadam. Ideologi itu basi dan tidak lagi diterima rakyat. Negara China sudah moden dan berubah tetapi nampaknya di negara kita, cubaan menghidupkan semula fahaman komunis dan ada yang sebarkan gerakan sosialis. Kononnya, mereka cuba menuntut keadilan. Kita kena rujuk Perlembagaan Persekutuan yang dirangka hasil kesepakatan semua kaum. Semangat perpaduan itu perlu dilihat. Jangan gunakan alasan itu adalah sejarah lama, generasi baru kena cipta sejarah baru, itu tak betul. Kalau buat sejarah baru untuk memajukan negara, kita boleh terima. Negara kita amalkan sistem Raja Berperlembagaan, kita kena pegang dan jangan sesekali terpedaya dengan anasir komunis dan sosialis. Negara kita jelas berbeza. Contoh paling mudah, tanya rakyat Malaysia yang biasa ke luar negara, apa perbandingan yang mereka katakan berbanding negara lain. Nikmat perpaduan yang kita ada di sini cukup baik yang tidak ada di dunia lain kerana pelbagai kaum boleh bersatu dan hidup aman di Malaysia. Di sini, kita bersyukur kerana mudah mencari rezeki, sedangkan negara lain masih pada takuk lama, nak dapatkan kerja pun susah. Semua itu hasil ruang yang disediakan kerajaan. Bahkan, warga asing datang ke sini boleh hidup senang, ada kerja. Kenapa kita tak bersyukur dengan semua nikmat itu. Bulan lalu, 30 warga Korea Selatan datang ke sini. Mereka adalah wakil kerajaan dan NGO yang melawat Malaysia. Apabila pulang, mereka datang semula ke sini dengan 60 orang dan ucapkan tahniah kerana kita berjaya buktikan perpaduan. Bulan ini, 100 pemimpin negara itu akan datang ke sini. Kita perlu kaji, kenapa mereka suka datang ke sini. Mereka kagum dan kita dijadikan negara contoh. Kita tidak sedar betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia. Jangan besarkan isu kecil yang boleh diselesaikan.
Matlamat sebenar perjuangan pihak tertentu kononnya menuntut keadilan dilihat semakin terpesong. Semua bercampur aduk dengan kepentingan peribadi dan campur tangan pihak luar?

Memang tujuan itu sudah tersasar. Kalau nak hantar memorandum, bukan itu caranya. Banyak cara lain boleh buat dan semua itu ada pilihan. Dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tak telus juga dipersoalkan. Kalau tak telus, takkan pembangkang boleh tawan lima negeri ketika pilihan raya umum lalu. Jika dibandingkan dengan negara maju, misalnya di United Kingdom, kempen pilihan raya di sana cukup hebat. Calon hanya menyampaikan ceramah dan kempen mengenai manifesto parti, bukan cari kesalahan dan hentam lawan. Tetapi semua itu berbeza di sini, selepas lima tahun masih cakap hal sama. Politik cuma untuk pilih kerajaan, bukan berpuak, berpecah belah, bermusuh. Agama tak galakkan perpecahan tetapi menyuruh kita bermuafakat. Semua berbalik kepada asas agama, insya-Allah semua akan selamat. Banyak suara yang diam sebelum ini bersuara, menolak huru-hara. Logiknya tindakan kekerasan tidak boleh dilawan dengan agresif. Api tak boleh lawan api, bertambah meletup. Tindakan mencetuskan api kemarahan itu kerja orang kurang waras. Jelas, kekecohan itu dicetuskan kumpulan kecil yang mencari pengaruh dan menambah pengikut. Saya percaya kerajaan tahu bagaimana nak berunding.

Ketika rusuhan di ibu negara beberapa tahun lalu, ramai pengikut HINDRAF bertindak ganas merosakkan harta awam. Itu membuktikan, apabila ramai yang berkumpul, akan berlaku tindakan luar kawalan dan ia bertentangan dengan janji penganjur untuk berkumpul secara aman?

Memang itulah yang akan berlaku. Peniaga sekitar perhimpunan jadi mangsa sebab mereka berdemonstrasi di tempat tumpuan umum. Ramai yang takut keluar sedangkan penganjur tahu, mereka sebenarnya ada pilihan untuk menyalurkan bantahan, bukan demonstrasi, itu budaya ganas. Walaupun tak mungkin berlaku darurat, ia sebenarnya menjejaskan emosi rakyat. Mereka timbulkan suasana tidak baik. Kalau betul mahu hantar memorandum, kerajaan boleh benarkan 10 orang serah memorandum atau berbincang dengan SPR. Kalau mereka tidak diberi ruang, kerajaan akan bermasalah. Apabila sudah tahu apa mereka mahu, barulah boleh bertindak. Memang tidak semuanya boleh dipenuhi, tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat peluang. Ada gimik mengatakan kalau kerajaan tak boleh tumbang melalui pilihan raya, kena guna cara jalanan, buat bantahan. Itu sebenarnya tak betul, sedangkan ramai yang memprotes adalah cendekiawan. Tentu mereka tahu bagaimana nak buat, tak perlu ikut orang yang berfikir mengikut emosi. Kalau mereka bijak, kenapa tak ubah prinsip ‘kenapa tak boleh setuju dengan apa yang kita tak setuju.’

'Tarik kerakyatan pengkhianat negara'

PENGANJUR perhimpunan kali ini seolah-olah mengulangi tayang propaganda rusuhan yang pernah berlaku sebelum ini. Bagaimanakah pandangan saudara mengenai trend ini?

Penganjuran perhimpunan bakal mencetuskan pelbagai masalah. Empat tahun dulu, saya pernah menyatakan transisi jenayah semasa seperti rompakan, curi, samun, kerosakan keperluan barang runcit dan samun kargo akan berubah kepada jenayah kebencian. Ternyata ia benar terjadi lima tahun selepas itu, dan kekacauan yang berlaku pada hari ini disebabkan transisi jenayah kebencian. Pengacau di sana-sini menimbulkan kebencian dan menyemarakkan kemarahan kepada mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan kepada mereka, sekali gus berusaha menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menyemarakkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemerintah. Malah, mereka membahaskan mengenai hak kebebasan bersuara tanpa mematuhi isi kandungan artikel 10 Perlembagaan Persekutuan seperti tidak sewenang-wenangnya menggunakan bahasa yang boleh merendahkan sesuatu kaum dan mencetuskan ketegangan.

Difahamkan, penganjur mempunyai matlamat bagi menuntut keadilan dalam pilihan raya namun, tidakkah mereka berfikir bahawa tindakan mereka hanya akan membahayakan orang awam keseluruhannya?

Seharusnya, sebuah perhimpunan mahupun demonstrasi yang sah perlu memiliki permit, sekali gus berkumpul di tempat tertutup bagi mengelak timbul masalah kepada individu tidak berkenaan. Jika diperhatikan, pihak berkuasa sudah menawarkan pilihan terbaik seperti diadakan di stadium tertutup, hadkan bilangan, elak orang awam dan jangan mencetuskan kekangan perkauman sekiranya masih mahu mengadakan demonstrasi berkenaan. Bagaimanapun, sikap angkuh menyebabkan BERSIH enggan menimbangkan tawaran berkenaan, malah tanpa ragu-ragu berdegil mahu meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi di jalanan. Justeru, ia secara langsung akan membabitkan penyertaan orang awam. Kempen apabila dilakukan di tepi jalan dikhuatiri mengundang lebih ramai penyertaan dan penyokong membuta-tuli.

Ada penyokong BERSIH terutama peniaga mengambil kesempatan membantu mengiklankan demonstrasi jalanan itu, bagaikan mahu menghangatkan keadaan?

Kepada peniaga yang cuba mengaut untung di atas perniagaan sempena perhimpunan haram ini harus sedar tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati perlembagaan negara dan institusi raja-raja dan harus faham maruah diri mereka terhadap negara. Saya rasa malu dengan pejuang tanah air yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan dan memastikan kemerdekaan pada negara.

Ahli dan penyokong parti pembangkang menunjukkan secara terang-terangan sokongan mereka terhadap perhimpunan haram?

Isyarat yang diberikan mengelirukan kerana mereka enggan menyuarakan rasa tidak puas hati masing-masing kepada Ahli Parlimen mahupun menggunakan saluran yang betul. Jika betul mereka sayangkan negara, guna saluran yang betul untuk suarakan rasa tidak puas hati masing-masing. Memetik peristiwa di bazar malam uptown Shah Alam, polis mengadakan sekatan jalan raya apabila ada laporan berlaku demonstrasi. Walhal, maklumat itu tidak tepat sebaliknya, propaganda bagi mencetuskan ketegangan antara penduduk dan pihak berkuasa. Polis bertugas bagi memastikan keselamatan dan keamanan. Justeru, apabila segelintir masyarakat merungut, saya berpesan supaya menghalau penganjur bukannya pihak yang memastikan keselamatan kita, baru masyarakat faham tujuan tugas polis.

Benarkah dakwaan bahawa tindakan segelintir pihak memprovokasi pihak berkuasa, mempunyai niat jahat yang tersembunyi?

Jika diperhatikan, ada pihak sengaja melakukan kekacauan supaya tindakan diambil dan apabila ditangkap serta dikenakan tahanan seperti ISA, mereka akan menuduh dan menyambung tohmahan serta bangkangan kepada pemerintah. Ia sekali gus mengukuhkan dakwaan mereka ditindas sedangkan ia dirancang pihak pengacau. Kenapa pengacau memulakan serangan hanya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Situasi ini sama ketika reformasi dan HINDRAF. Seperti berlaku pada zaman komunis apabila persatuan sekerja dan orang Melayu diguna untuk menggulingkan pemerintah. Hasutan digunakan untuk kucar-kacirkan keadaan.

Pesanan dan ingatan saudara kepada orang awam supaya menghindari perhimpunan haram?

Jika tidak berpuas hati, nyatakan melalui peti undi bukannya mengamuk tidak tentu pasal. Niat mengadakan perhimpunan sudah melencong kerana negara Malaysia tidak mengamalkan keganasan. Pengkhianat terbabit perlu malu dan segan dengan pejuang tanah air yang sudah berkorban dan terkorban memperjuangkan tanah air kerana ada pihak agungkan ideologi komunis kerana ia tamparan kepada sejarah bangsa. Sekiranya masih mahu menyertai demonstrasi itu, ia sahkan bahawa mentaliti 1970-an masih menebal. Justeru, tarik saja kerakyatan dan tinggal di negara lain yang mahu menerima anda. Masyarakat yang sayangkan negara seharusnya celik undang-undang, perlembagaan dan tanggungjawab terhadap negara. Penduduk Malaysia ramai 'kaki tengok'. Semua akan ditengok, namun elakkan jadi mangsa dan jangan sertai perhimpunan ini, hormati diri sendiri. Faktor diperalatkan seperti 'kerbau dicucuk hidung', api dalam sekam dapat dilihat dalam perhimpunan HINDRAF. Ramai orang awam ditahan, tiada siapa mampu menjamin. Berhenti kerja, diberhentikan kerja dan kehilangan maruah diri, sedangkan penganjur dan dalang tetap hidup mewah. Keganasan ideologi (era baru) berbahaya kerana keganasan wujud secara senyap-senyap namun, tidak mampu dikekang. Untuk cetus keganasan amat mudah. Cuma perlukan kayu api (masyarakat dipesongkan), bahan bakar (tok dalang) dan mancis (ambil kesempatan). Justeru, fenomena 'mass histeria' berlaku dan keamanan negara bakal bergolak seperti negara jiran.

Friday, July 1, 2011

POLIS SARAWAK PERTINGKAT PEMANTAUAN "BERSIH"

Mohmad Salleh mempengerusikan sidang media di Mes Pegawai Kanan IPK di Kuching semalam. Turut kelihatan Huzir (kanan), Law (dua kiri) dan Aladdin (kiri).

KUCHING: Pihak polis akan mempertingkatkan aktiviti pemantauan di seluruh negeri bagi membendung perhimpunan haram, BERSIH yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang perjumpaan dan aktiviti berkaitan perhimpunan itu adalah dilarang sama sekali.
Berikutan itu, mana-mana pihak atau individu yang didapati mengagihkan risalah dan baju-T termasuk bahanbahan promosi perhimpunan itu akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.
Di bawah akta itu, mereka yang disabitkan akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi daripada RM10,000.
“Setakat ini pihak kita telah menerima 19 laporan berhubung perhimpunan BERSIH dan dua daripadanya telah dijalankan siasatan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.
“Dalam tempoh sembilan hari menjelang perhimpunan itu, pihak polis akan meningkatkan pemantauan di seluruh negeri pada setiap hari bagi membendung perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat bersama anggotanya di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Law Hong Soon, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC II, Huzir Mohamed serta Ketua Cawangan Khas Sarawak, Datuk Aladdin Kassim.
Mengulas mengenai keadaan di negeri ini, Salleh memberitahu Sarawak masih terkawal meskipun ada laporan telah dibuat berhubung perhimpunan BERSIH.
Pada masa yang sama menurutnya, pihak polis turut membuat kawalan ke atas ke semua bahan-bahan yang berkaitan dengan perhimpunan itu daripada diseludup masuk ke negeri untuk diedarkan di negeri ini.
“Tindakan sama seperti di Semenanjung Malaysia akan diambil jika didapati ada pihak yang cuba menggunakan bahan-bahan untuk promosi perhimpunan BERSIH,” tegasnya lagi

SARAWAK HARUS DIBERSIHKAN - ADUN BATU LINTANG

"Sarawak Harus Dibersihkan"- ADUN Batu Lintang

Tindakan polis yang menahan dan menangkap beberapa pemimpin politik pembangkang yang mempromosikan Perhimpunan Haran 2.0 dilihat sebagai tindakan tegas polis terhadap pihak-pihak yang mencabar arahan dan amaran polis sebelum ini. Bagaimanapun, tindakan tegas polis itu telah digunakan pembangkang untuk memburukkan nama polis dan memperlekehkan tugas polis.

Di Sarawak, polis juga telah memperketatkan pemantauan di seluruh negeri khususnya di sempadan untuk memastikan tiada bahan mempromosikan perhimpunan haram diseludup masuk ke negeri ini, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh.

Pemantauan rapi akan dibuat di semua pintu masuk, khususnya di sempadan Sarawak-Kalimantan untuk menyekat sebarang bahan bercetak seperti risalah, baju-T shirt dan kain rentang yang dicetak di negara jiran diseludup masuk ke negeri ini.

Sehingga hari ini, tiada bahan mempromosikan perhimpunan haram itu dikesan di Sarawak.

Bagaimanapun, polis mungkin terlepas pandang dengan kecanggihan teknologi media baru pada hari ini. Biarpun polis mengawal ketat di setiap pintu masuk dan sempadan Sarawak, namun baju-T BERSIH 2.0 itu telah berjaya memasuki Sarawak dan hanya menunggu hari sahaja untuk diedarkan kepada ahli-ahli dan rakyat Sarawak. Ini terbukti dengan gambar yang menunjukkan ADUN Batu Lintang, See Chee How menggunakan baju-T BERSIH 2.0 itu dan diletakkannya ke dalam Facebook dan laman blog.  

Di samping itu, bahan fizikal baju-T BERSIH 2.0 mungkin sukar menembusi pintu masuk Sarawak, tetapi polis harus ingat bahawa baju-T itu boleh juga dicetak di Sarawak. Design dan reka bentuk baju boleh disalurkan melalui emel dan media baru. Kaedah ini mungkin sukar bagi polis mengawalnya, tetapi mudah untuk dikesan. Justeru, polis perlu mengerahkan kepakaran polis dalam teknologi maklumat untuk memantau perkara ini dan ternyata ia logik untuk digunapakai.

Sehingga kini, polis Sarawak sudah menerima 19 laporan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan, parti politik serta individu yang menyuarakan ketidakpuasan hati dan mahu polis mengambil tindakan menghalang perhimpunan haram.

Di Sarawak, pemimpin DAP dan PKR dilihat sangat vokal dalam penganjuran Perhimpunan Haram 2.0. Berbekalkan semangat berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10, nescaya semangat ini semakin berkobar untuk memperoleh lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU Ke-13. Untuk itu, tiba masanya untuk Pakatan Pembangkang melancarkan serangan bagi meraih sokongan rakyat. 

Tenaga Empangan Bakun mulai dijual kepada SESCo 6 Ogos ini


KUCHING: Pemilik dan pemaju Empangan Hidroelektrik Bakun (Empangan Bakun), Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) dijangka menjual tenaganya kepada Syarikat Sesco Berhad pada 6 Ogos ini.
Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Ha-san dalam satu kenyataan medianya semalam berkata, setakat ini, hampir kesemua ujian sistem telah siap dilakukan kecuali ujian reliabiliti.
Menurut beliau, SHSB dijangka memulakan ujian reliabiliti pada 1 Julai 2011, yang akan mengambil masa sebulan sebelum Operasi Komersial dimulakan.
“Di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga (PPT) antara SHSB dan Sesco, penyiapan unit untuk unit pertama bagi permulaan operasi komersialnya ialah pada 6 Ogos 2011,” katanya.
Ujian serentak untuk unit pertama (Unit 8) bagi sistem grid Sesco telah dijalankan pada 9 Jun lepas.
Selepas itu, SHSB memulakan ujian sistem yang sama, sebelum Unit 8 ditutup dari 19 hingga 24 Jun untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan sebelum menjalankan ujian reliabiliti.
Sementara itu, dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Awang Tengah berkata, Kerajaan Persekutuan melalui SHSB menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPT) dengan Sesco untuk menjual elektrik dari Empangan Bakun kepada Sesco pada kadar 6.25 sen sekilowatt sejam dengan kenaikan tahunan sebanyak 1.5 peratus.

GAMBAR PEMIMPIM PKM DIRAMPAS DARI SEKRETARIAT BERSIH


Polis rampas gambar pemimpin PKM di sekretariat BERSIH

PETALING JAYA: Polis menemui bukti baru mengaitkan perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) dipengaruhi unsur komunis berikutan penemuan 10 gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) ketika serbuan di sebuah banglo yang dijadikan sekretariat BERSIH, di Seksyen 4, di sini kelmarin.

Semua gambar bekas pemimpin PKM seperti Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh itu ditemui bersama barang lain, termasuk 549 baju-T BERSIH pelbagai warna, 473 lilitan kepala, banting serta 5,154 risalah, dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata polis sedang menjalankan siasatan mengenai tujuan gambar itu disimpan dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan 31 individu yang ditahan di Pulau Pinang bersama bahan mengandungi unsur komunis, minggu lalu.

Berikutan itu, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh, termasuk memanggil pemilik banglo serta sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi manusia, tetapi menyewa premis berkenaan semata-mata untuk menggerakkan kegiatan BERSIH.

“Semua rampasan didapati ada hubung kait dengan kempen mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini yang menjurus kepada usaha meracuni fikiran orang ramai menyertainya,” katanya semalam.

Dalam serbuan diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Md Isa pada jam 12.05 tengah hari kelmarin, tujuh pekerja, termasuk lima wanita ditahan mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis/109 Kanun Keseksaan. Mereka dibebaskan jam 11 malam kelmarin dengan jaminan selepas keterangan dirakamkan.
Arjunaidi berkata, pekerja berusia 23 hingga 40 tahun itu tidak direman seperti yang ditahan di Pulau Pinang kerana polis berpuas hati selepas merakamkan keterangan masing-masing.

“Selain itu, kita sedang mengenal pasti dari mana mereka menempah atau mencetak semua bahan yang dirampas, selain menyiasat sumber dana menggerakkan aktiviti itu,” katanya.

Sabtu lalu, 31 ahli dan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj ditahan selepas menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas yang mereka naiki, di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang.

Antara yang ditemui ialah 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin PKM, iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che.
Komen Anda
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen