Tuesday, February 1, 2011

PEMILIK TANAH NCR..... RENUNGKAN........

berbakti kepada tanah tiada rugi nya......


Pemilik tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) harus memilih jalan yang terbaik. Pemilik tidak seharusnya mensia-siakan harta turun temurun yang telah dimiliki ke sekian lamanya.
Ramai pemilik tanah NCR mengunakan serta membenarkan kompeni-kompeni berskala mega untuk mengusahakan tanah mereka bagi tujuan perladangan. Adakah harus pemilik tanah NCR tersebut membenarkan pihak lain mengerjakan harta mereka untuk mengaut keuntunggan mereka sendiri? Apakah Si pemilik tanah tersebut tidak berupaya mengusahakan sendiri tanah mereka itu untuk tujuan perladangan atau pertanian yang akan mendatangkan pulangan keuntunggan yang lumayan berterusan? Adakah dengan membenarkan pihak lain memajukan tanah mereka itu akan mendatangkan keuntunggan yang berterusan untuk pemilik tanah?
Pagi semalam, dalam taklimat yang di anjurkan oleh Persatuan Iban Remun Serian (SIRA) dan di selaraskan oleh Jabatan Tanah Dan Survei, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup Frederick Bayoi. Berkata kepada penduduk yang hadir “pemilik tanah seharusnya mengusahakan tanah tersebut dengan menanam tanaman komersial yang mampu menjana pendapatan kepada keluarga masing-masing.”
Katanya lagi dengan surat pemilikan tanah yang ada, beliau berkata dokumen berkenaan boleh digunakan untuk memohon pinjaman bank sebagai modal untuk memulakan pertanian berskala besar. “Saya berharap sebaik sahaja kerja penyukatan tanah ini selesai, para pemilik tanah akan berusaha untuk membangunkan tanah masing-masing melalui pertanian komersial.
“Surat pemilikan tanah itu bukannya ‘lesen’ untuk anda menjualnya, sebaliknya mengerjakannya kerana saya merasakan pertanian komersial mampu meningkatkan status ekonomi Bumiputera,” katanya ketika merasmikan taklimat tanah NCR untuk ketua kaum Iban Remun, di Remun, Serian semalam.
Seharusnya pemilik tanah NCR memajukan diri dengan mengusahakan tanah mereka itu secara berdikari dan bukan nya mempergunakan hak milik mereka itu untuk pulangan keuntunggan pihak lain.
Walaupun Negara kita bergantung kepada produk pertanian import, kita harus sedar dan tahu bahawa harga produk pertanian import dengan produk pertain tempatan adalah dipisahkan oleh jurang perbezaan harga yang sangat jauh. Sebagai contoh, jika kita mengusahakan halia. ia cuma kana mengambil masa selama 3-4 bulan,sementara harga pasaran halia sekilo sekarang ini adalah RM8.00 ke RM12.00 sekilo (mengikut keadaan cuaca). Walaupun harga Halia import dari China adalah RM5 sekilo namun tahap kesedaran masyarakat kita yang semakin baik tentang aspek kesihatan dan kualiti, maka halia tempatan boleh memberi saingan yang sihat. Juga boleh dilihat bahawa tanaman seperti halia dan sayuran tidak memerlukan modal yang tinggi serta tidak mmerlukan keluasan tanah yg terlalu besar. namun hasil tuaian boleh dijual terus ke pasaran secara harian. Bagi tanaman sayuran, bagi species jenis Timun, untuk 1 tan timun, pekebun boleh mendapatkan keuntungan kasar sebanyak RM6ribu ke RM8ribu. kesemua tanaman jangka pendek ini boleh kita sendiri usahakan tanpa perlu kita menunggu syarikat-syarikat korporat besar untuk mengusahanya. kita tidak memerlukan orang tengah untuk menghubungkan kita dengan syarikat pelabur gergasi yang datang dari luar. Berbanding dengan mengusahakan tanaman Kelapa Sawit yang perlu menungu selama 3 tahun untuk mengutip hasil.
Sekiranya Si pemilik tanah NCR tersebut tidak berminat dengan tanaman komersial, pemilik tanah NCR boleh mengusahakan tanah mereka untuk ternakan akuakultur. Pemilik tanah boleh menternak ikan yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi serta permintaan pasaran yang mengalak kan. Dan bukannya sekadar menternak ikan keli yang harganya hanya RM4.00 sekilogram. Bukan sahaja harga ikan keli rendah, kerja-kerja penyelengaraan kolam juga perlu dilakukan setiap masa. Ini untuk mengelakkan kolam dari pada bocor atau pecah. Pemilihan benih ikan yang di ternak seharus nya di ambil kira dari segala sudut dan bukan nya sekadar dari permintaan pasaran dan harga pasaran yang lumayan. Contoh ikan yang harga pasaran nya tinggi, permintaan pasaran mengalakkan serta risiko kerugian yang kurang adalah ikan Betutu (Soon Hock).
Dan sekiranya Si pemilik tanah NCR berkemampuan atau mempunyai modal, pemilik tanah boleh mengusahakan ternakan ruminant seperti menternak lembu, kambing, rusa dan sebagai nya. Kita harus sedar bahawa Negara kita Malaysia adalah pengimport utama daging-daging ternakan ruminant dari luar Negara. Bukan sekadar daging malah susu. Ini menunjukkan bahawa industry ternakan ruminant di Negara kita ini adalah tersanggat lah kurang di usahakan.
Pemilik tanah juga boleh mengusahakan ternakan lain seperti ayam pedaging, ayam penelur, itik, puyuh dan banyak lagi.
Tetapi kenapa rakyat kita Negara ini yang mempuyai tanah NCR masih berpeluk dada dan menungu peluang yang ada di depan mata itu di ambil oleh orang lain? Adakah kita yang mempunyai tanah NCR harus melepaskan peluang dan merelakan tanah hak milik kita di terokai orang luar yang tidak kita kenali dan tiada pertalian darah dengan kita?
Sekarang ini di Negara kita Malaysia, lebih-lebih lagi bila dekat dengan musim mengundi. Ramai penceramah-pemceramah politik membangkitkan isu tanah NCR. KENAPA? Ini kerana mereka-mereka ingin untuk memiliki tanah NCR kita itu. Mereka menabur janji-janji semanis madu dan berintikan hempedu kepada rakyat-rakyat yang mempunyai tanah NCR. Ini kerana mereka hendak mengaut keuntungan di tanah kita. Mereka ini hendak menjadi BROKER. Menjual tanah kita kepada syarikat-syarikat gergasi dari semenanjung untuk membolot kesemua tanah NCR kita di sini. Mereka-mereka ini adalah inginkan keuntungan dari harta pusaka milik kita Bumiputra terutamanya yang memiliki tanah NCR.
FIKIRKAN…….. JUAL TANAH, DAPAT DUIT SEKALI SAHAJA DARI HASIL TANAH ITU TETAPI JIKA BERBAKTI KEPADA TANAH SENDIRI, DUIT MASUK TIDAK HENTI-HENTI….. FIKIR FIKIR KAN LAH WAHAI BUMIPUTRA SERTA PRIBUMI NEGERI SARAWAK……

1 comment:

  1. wow..ada entry sebut ttg ikan keli di sini...jomlah tgk blog ikan keli pulak..macam2 cerita keli ada di sini.. ")

    ReplyDelete