Thursday, June 23, 2011

DATUK T, DIDAKWA DI MAHKAMAH ESOK


Eskay sahkan arahan ke mahkamah kes dedah video seks
 
Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim yang mengaku mendedahkan rakaman video seks individu didakwa mirip ketua pembangkang dijangka didakwa, Jumaat ini.

Perkara itu disahkan Shazryl kepada pemberita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.
Dalam SMS itu, Shazryl berkata, beliau diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini pada hari berkenaan.
SMS itu berbunyi, ‘Datuk T akan dicharge (didakwa) di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum-Datuk Eskay’.

Mac lalu, ketiga-tiga individu terbabit mengaku mereka ialah trio yang menggelarkan diri sebagai Datuk T dan bertanggungjawab mendedahkan rakaman video dan menayangkannya kepada pengarang media di Carcosa Seri Negara sebelum menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kemudian mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan bukan rakaman yang diubah suai.

Ketulenan rakaman itu telah disahkan pakar tempatan dan asing yang dilantik polis bagi membantu memastikan kesahihan video seks berkenaan berikutan timbul beberapa persoalan mengenai kesahihannya sebelum ini.

Pada 29 April lalu, Shazryl melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, dengan ditemani Rahim dan Shuib bagi membuktikan dakwaannya yang pelaku dalam video seks didedahkannya sebelum ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment