Wednesday, June 29, 2011

WARGA ASING TURUT BERSIH

PUTRAJAYA: Penahanan dua warga asing di Johor pada Sabtu lalu kerana disyaki ada kaitan dengan penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini menunjukkan anasir asing sudah meresap masuk dalam kumpulan pengacau itu untuk kepentingan peribadi dan menyebarkan ideologi politik tertentu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata selain mereka, siasatan polis mendapati ada lagi individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang memperalatkan perhimpunan haram itu untuk kepentingan mereka, tetapi mungkin tidak disedari oleh penganjur perhimpunan itu sendiri.
“Saya rasa kumpulan pengacau itu sudah memulakan sesuatu yang mereka sendiri tidak dapat kawal dan jauh terpesong daripada matlamat asal kononnya mahu memastikan proses pilihan raya di negara ini benar-benar telus serta bebas daripada penyelewengan,” katanya pada sidang media selepas membentangkan kertas kerja pada Persidangan dan Pameran Kelengkapan Umum Polis (GPEC) Kedua Asia 2011 di sini, semalam.

Beliau tidak menyatakan kewarganegaraan dua warga asing terbabit. Bagaimanapun, seorang warga Filipina, Romeo Castillo, 59, dan warga Korea, Min Young Song, 24, ditahan di Johor, pada Sabtu lalu bersama 29 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi membantu siasatan berhubung kegiatan cuba menghebahkan propaganda komunis.

Hishammuddin juga berkata, kedua-dua mereka sedang disiasat dan dalam proses untuk diusir keluar dari negara ini.

“Majoriti rakyat kini sudah menyedari tembelang kumpulan itu dan sesiapa saja yang berfikiran rasional akan menolak budaya demonstrasi haram, lebih-lebih lagi apabila matlamat perjuangan asal diputar belit dan dimanipulasi pihak tertentu untuk agenda politik peribadi,” katanya.
Hishammuddin juga mengingatkan semua pihak, termasuk NGO dan pertubuhan tertentu, sama ada pro kerajaan atau pembangkang, jangan cabar mencabar antara satu sama lain serta polis, sehingga menimbulkan ketegangan.

Beliau turut memberi amaran supaya jangan membuat provokasi seolah-olah sengaja memaksa kerajaan menahan mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kemudian mengkritik kerajaan kerana menggunakan akta itu.

“Saya harap kumpulan itu tahu apa yang mereka mahu lakukan kerana nampaknya sudah banyak pertubuhan lain dan orang luar mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi yang tiada kaitan langsung dengan isu pilihan raya,” katanya. Terdahulu, ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran dan Pengurusan Ancaman Jenayah Transnasional Dalam Abad Ke-21, Hishammuddin berkata kegiatan anasir subversif kekal menjadi igauan ngeri dalam strategi keselamatan keseluruhan negara.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya sentiasa menekankan bahawa Malaysia tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang mengancam ikatan perpaduan rakyat pelbagai kaum. Namun, apa yang sebelum ini menjadi ancaman dalam negara, kini terdedah kepada dunia luar kerana jenayah rentas sempadan semakin berleluasa sehingga menggugat kedaulatan negara,” katanya

P/s: Manah agi enti semua semua Orang Datai agai menua Malaysia tuk ya ke nyekut serta ngaga pengacau nya di "BERSIH" kan ari diau serta anang ngemendar ke sida nya ngiga pemakai ba menua kitai ditu.......

1 comment:

  1. Salam uan mohon pautkan link. Selamat berjuang!!

    ReplyDelete